♥MAI USHAR CONTENGAN WILKYZ...JGN LUPA CONTENG LAH SEKALI YEA..MUAHHKK..LUV YOU♥

..::♥♥

Page ini cuma tempat contengan wilky di waktu wilk

Thursday, December 6, 2012

KHASIAT BUAH MATA AYAM
Haaa tentu korang tak tau kan...khasiat disebalik buah mata ayam ni...sbnarnya wilky pun xtau jgk.... hahaha.... main makan jer sblm ni.... mnggu ni wilky saje balik kg che.. lama tk jengguk che kat kg... sambil2 tu... usha2 dusun dia sekali...Masuk kebun nk cari buah lain terjumpa ngn buah mata ayam pulak... Lama xrasa buah dia....rasa dia lemak2 manis gitu...
♥Di sebalik keenakannya sebagai ulam, pokok Mata Ayam atau nama saintifiknya Ardisia Crispa turut mempunyai khasiat tertentu. Antaranya boleh hilangkan kelemumur, menyembuhkan demam dan melegakan sakit perut akibat cirit-birit.....♥
 
 -Adik bongsu Den jdi model kejap... hahaha- 

Bagi menghilangkan kelemumur, anda ikuti langkah berikut:

1. Ambil seluruh pokok Mata Ayam termasuk akarnya sekali.
2. Kemudian, tumbuk ia sampai hancur.
3. Seterusnya, campurkannya dengan air bersih.
4. Bilaskan pada kulit kepala dan seluruh rambut anda yang berkelemumur.

Cuba amalkan petua ini beberapa kali sehingga anda bebas daripada kelemumur. :)


Sebaliknya, untuk menyembuhkan demam atau sakit perut;

1. Ambil hanya bahagian akar pokok Mata Ayam ni dalam segenggam.
2. Bersihkannya dan tumbuk akar tadi sampai hancur.
3. Kemudian, campurkannya dengan sedikit air dan kisarkannya hingga lumat.
4. Akhir sekali, tapiskan airnya dalam gelas dan minumnya sekali sehari.

Sekiranya masih belum sembuh atau lega, anda minumlah lagi segelas pada keesokan harinya.


♥♥.....TRY JER LAU NK TAHU HASILNYA.....♥♥

Saturday, December 1, 2012

..::♥♥....BERCUTI KE LANGKAWI....♥♥::..

-28/11/12- HOLIDAY TIME..
Lama tk update blog ...hari ni wilky nk share sikit saat indah wilky dengan family wilky... kitaorg melepak di langkawi selama 3hari 2mlm je...Tk boleh lama2, masing2 ada kerja masing2 kan.. Semua family kitaorg join, tp separuh je la... dalam 6family gitu.. tp meriah sangat... teringin nk bercuti ramai2 mcm tu lagi... tp entah bila laa pulak! (",) ....
 
Diantara pose yang sempat di snap!...  
 
Yang kat belakang tu... semua family wilky... ada ramai lagi yg x masuk lam pic ni.... 
Lau nk masukkan pic, mmg xabis la...byk sgt kan...so pndai2 laa....xgitu!... APA YG PENTING!.... (sy ada lam tu.... hahaha)
♥♥.....HARI CUTI YANG BAHAGIA BERSAMA FAMILY.....♥♥

Sunday, September 23, 2012

..::♥♥..TENTANG AQ..♥♥::..

Photobucket 
Kat sini wilkyz nak ulas sikit tentang wilkyz..bukan sengaja nak menyakitkan hati yang mana mengenali wilkyz....tp sekadar luahan kerna, tak sanggup untuk berterus terang face 2 face,sms or by call..Wilkyz takut ada yg terasa.. that y, wilkyz luahkan kat sini coz kat sini umum kan!!

MENDESAK
..:: I paling xsuka kalau seseorang suka mendesak i....Tak kira dari segi apa sekali pun... samada dari segi membalas msg,menjawab call,dan berjumpa ataupun menanyakan soalan...Jika i dah memberi jawapan dengan tidak tahu , tidak ada masa lagi, sabar k,entah DLL!!... Tapi masih menanyakan soalan yang sama kerna bagiku itu seakan mendesak ... Cukup laa dikau faham dengan jawapan i.... Mungkin semua jawapan i ada maksud tersembunyi... sama ada baik atau sebaliknya...... Jika terusan dikau mendesak, itu akan membuatkan i menjadi benci and fed-up dengan kau...

BERLAGAK
..:: Ni lagi satu gelagak manusia....Suka nak menunjuk.. i xsuka orang yang suka cakap kosong... Sebab dulu i pernah kenal dengan seorang manusia yang berperangai macam ni,... Apa aje yang i cerita and alami... semua dia pernah alami.... Contoh la...!! bila bercakap dengan i projek juta2 tapi habuk pun xde... Yea la kan... xsalah kalau jujur bgtau yang sebenar kan.... Jgn bercerita kawan punya tp berlagak sendiri punya..... Ataupun kerja dengan org jd kuli...tp cakap biz sdr... !!.. Kalau Kaya nak berlagak pun lantak pie laa kan...ni sebaliknya.....
 
SUKA AMBIK KESEMPATAN
..:: I memang suka tukar2 kereta... tapi tak bermakna i kaya, banyak duit!! Sebab semua pertukaran tu mengambil masa dan bersebab.... Kadang bila i pergi bercuti and enjoy myself.... Mula laa dikau nampak i berduit and ajak  berjumpa serta pelawa nak kemana2,tapi awal2 kau bagitau, nak harap kau memang tak boleh...sbb tak de duit!.. mean!!!?.. (ko ajak aku, tp nak aku belanja..SORRY sgt, Dari aku belanja ko...baik aku habiskan duit untuk family aku...nk jmpa aku tp nk aku kuar duit...bad boy) Lain la... kalau i suka rela tanpa kau mintak!!!!...

TAK FAHAM BAHASA
..:: Ni lagi satu yg membuatkan i meluat dengan kau,... yea laa.. mungkin kau tak sedar time bila kau tak faham bahasa kan...Contoh :- when i say, i need alone n pls dont disturb me..... give me some....time to i relex my mind!!....but...u still contact me n u say... "i miss to hear ur voice". Omg!!.. bila i dalam masalah..... so,i no mood(interested) to talk with everybody...tak kira laa..dia org special i or bff i.... well...! memang i suka bersendirian. Coz for me... baik diam dari bercakap!.. Bukan bererti i lupa n xrindu or whatever... but plsss.... UNDERSTAND ME!....
 

♥♥.....BUKAN MAKSUD AKU MEMBENCI.....♥♥

Sunday, September 2, 2012

..::♥♥....FIKIRLAH TENTANG ORANG LAIN....♥♥::..

Photobucket
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

♥♥.....BUKA MINDAMU KE DEPAN.....♥♥


Monday, June 18, 2012

..::♥♥....KETAHUILAH WAHAI LELAKI...♥♥::..

♥5 Kategori Wanita Yang Tidak Boleh Diajak Dating

1. Kawan baik kakak anda.
Kenapa? Ini kerana apada permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti anda berselisih faham, semua rahsia anda akan dibongkar kepada kakak. Agak susah untuk anda mempertahankan diri bila ‘diserang

2. Setiausaha anda.
Kenapa? Seperti sedia maklum, ada orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda boss, seterusnya berkahwin. Jika ia, anda keluar dengan setiausaha dan dalam masa yang sama, anda sudah berkahwin, anda mengiakan tanggapan orang ini.

3. Bekas teman wanita.
Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudah putus, elok sahajalah dilupakan. Tak perulah anda keluar lagi kerana apabila putus, anda sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.

4. Teman wanita kawan anda.
Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah anda lakukan. Jagan sesekali menikam kawan dari belakang kerana ia tidak baik untuk sebuah persahabatan. Fikirkan sendiri, kala kekasih anda diambil orang, tentu sakit bukan? Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.

5. Wanita yang terlalu demand.
Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang ‘demand’ kerana anda boleh sakit otak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan lain dan jika kekasih anda demand, abaikan saja dirinya
♥♥.....FAHAM DAN KENAL PASTI PASANGAN DATING ANDA.....♥♥


Monday, May 21, 2012

..::♥♥....TENTANG DIA....♥♥::..

Ada yang hilang ketika 'dia' hilang…

Ada yang pergi ketika 'dia' pergi….

Hatiku…. Jiwaku ....

Turut hilang setelah 'dia' hilang…

Senyumku….tawaku…

Juga pergi setelah 'dia' pergi…


Hidupku ikut hilang bersama 'dia'…

Cintaku juga ikut pergi bersama 'dia'….

Sementara aku disini …

Masih mencari

Untuk cuba berdiri tegak tanpa 'dia'…

Apa kan dayaku….aku tak mampu untuk itu…

Semakin hari semakin lemah kurasakan…


Aku mohon padamu ya tuhan…

Bukakan pintu hatiku untuk yg lain…

Tolong buangkan 'dia' diingatan ku…

Kerna aku juga ingin kebahagian…

Kuatkan langkahku.....

Untuk ku melangkah kehadapan…

Dalam masa yg sama...

Aku masih memerlukan 'dia'...


Aku tahu masih ada yang sayang padaku…

Tapi aku tak mampu untuk menyayangi yang lain…

Meskipun telah kucuba.....

Cuba mencari penganti diri 'dia'...

Aku takut aku tak mampu.....

Untuk memberikan cintaku pd yg lain....

Kerna dia masih tertanam dalam hati ku….

Walaupun 'dia' meninggalkanku dan memilih yg lain….

Hatiku masih berharap

Agar 'dia' kembali kepada ku…

Kembali menerimaku seperti dahulu..

♥♥


♥♥.....AKU TETAP MENUNGGU MU.....♥♥


Sunday, May 20, 2012

..::♥♥....ZHYPERMU SEASON 6....♥♥::..

Game yang paling aku suka layan....game mu lagi mu lagi!!....game ni bukan calang2 game tau.... lau nk kuat kena laa kuarkan duit sikit tuk beli pakaian seragam dia... mmg tak memboringkan layan game ni....sbb tujuan utama game ni nk kejar RANK n NK JD TOP KILLER kat server tu... ni dia punya charecter2 dia:-

(RAGE FIGHTER)-POWER OFF HAND(GLOVE)

(MAGIC GLADIATOR)-POWER OF MAGIC

(ELF)-POWER SKILL BOW & BUFF-

(DARKLOAD) -POWER OF HORSE & BIRD-

(MG)


yang ni screenshot wilky punya charecter..... well...layann.......


♥♥.....FIND ME OVER THERE..JUST FOR FUN.....♥♥

Saturday, May 19, 2012

..::♥♥....RAHSIA BIBIR WANITA....♥♥::..

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.

Bibir segar dan kemerahan...
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)...
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis...
Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan kehidupannya.

Bibir yang mungil...
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal...
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka...
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.


♥♥.....KENALI PASANGAN MU.....♥♥

♥Wilkyz♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...