♥MAI USHAR CONTENGAN WILKYZ...JGN LUPA CONTENG LAH SEKALI YEA..MUAHHKK..LUV YOU♥

..::♥♥

Page ini cuma tempat contengan wilky di waktu wilk

Sunday, March 11, 2012

..::♥♥....KANSER USUS....♥♥::..

(FROM GOOGLE)
Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada kanser yang kerap berlaku.

Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan boleh menyembuhkan penyakit ini. Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko kanser usus.

Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia mempunyai dua bahagian:
Usus kecil- tempat makanan diserap
Usus besar- tempat air dan garam diserap

Apa itu kanser usus?

Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada peringkat awal

Tanda-tanda kanser usus

Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:

Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
Sakit perut.
Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.
Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda-tanda amaran kanser usus. Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda kanser usus di atas, sila berjumpa doktor yang akan merujukkan anda untuk menjalankan beberapa ujian tertentu. Jika hasil ujian menunjukkan terdapatnya kanser usus, rawatan awal adalah lebih baik.

♥♥.....DAPATKAN RAWATAN AWAL.....♥♥

♥Wilkyz♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...